SASIC.





Of all the complaints i shouted, the laughters escaped, being overly excited over everything, functioning as the person in charge in every events held and when everyone seems to be fooled by my soft nature, i am just a minor girl running around in my old green flipper wherever i go, across the court, to the musolla, along the blocks with confidence and giving everyone my best smile that i can manage and now its time for me to take my leave. The me that you used to see will just stay as a memory trapped in the past leaving traces around the school disguised in illusions. No more green flipper flashing across the blocks and everywhere, running like a flying ghost across the court in telekung, no more. Bye kolej islam im moving on to the next phase of life, despite the heavy feeling. Thank you for all the good memories from deep within, the connections i made, the odds and ends, the tears and laughters and the life I learnt. I will miss the time lapse when i was trapped in the time machine, being abducted to this land of waqafan. Yes i will do even the pang of leaving seems to slap me in the face earlier than expected, that realisation that this day will definitely come. and I will remember, especially the feeling of tranquility at the most sacred place here, the musolla, no doubt, everyone agreed. and yes the time have come for this barakah college to have replacements for the future and meant-to-be generations. may در المصطفى still shines in many years to come.

love,
me ((officially alkis))




My Story Is Base On The True One

Pengakhiran budak SPM.

"Alhamdulillah, Tahniah kepada semua calon SPM 2016 kerana anda telah berjaya menduduki kertas peperiksaan kimia 3 iaitu penutup kepada semua kertas peperiksaan SPM 2016. " - pengawas peperiksaan

Semua orang kelihatan tersenyum. Ada yang terduduk mengalirkan air mata. 
Kejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru semalam terkial-kial cari katil cari DUA cari DB cari DM cari 409 cari 503. Hari ni yang tinggal hanya memori.

Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Yang datang pasti akan pergi. Yang pergi selamanya tiada ganti yang serupa dengannya. Allahu. Pilu rasa hati. 
Siapa sangka. Rupanya aku ada kawan dari seluruh Malaysia. Aku tak pernah terfikir pun aku akan sambung belajar di kolej ni. Tapi takdir Allah itu Maha Hebat. Allah makbulkan doa aku. Untuk sentiasa berada di kalangan orang yang soleh dan berilmu. Terima kasih Ya Allah. Jangan kau tarik nikmat ini dari ku Ya Allah. 
Walaupun sekadar 2 tahun bersama mereka. Terasa seperti sudah 5 tahun kenal. 

29/10/16.
Maka berakhirlah cerita kasih durrul mustofa di bumi waqafan.
Semoga episodnya kekal bersambung tanpa pengakhiran.
Terima kasih murabbi.

لولا مربى ما عرفة ربى 

Jika bukan kerana Guruku, tidak ku kenal akan Allah SWT.


 

"Moga pertemuan perjuangan dan perpisahan ini kerana Allah semata mata, bumi waqafan dah pun kita tinggalkan. Moga selamat terbang menjadi helang di muka bumi Dia, jangan lupa yg kita bawa nama kolej Islam, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk bawa nama baik Islam di mata dunia. Usah sedih mahupun kecewa dgn perpisahan Durrul Musthofa yg sementara kerana kita akan bertemu semula untuk selamanya di syurga-Nya. Allah Maha Mengetahui dan telah atur yg terbaik untuk setiap hamba. Pesanan terakhir buat para helang aka alkis; jaga diri jaga hati jaga iman dan jaga ikhtilat jangan lupa☺🎓👐 😂 "

 - KB batch.


My Story Is Base On The True One




Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang..
Maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan..
Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati orang yang berharap kepada selainnya..
Maka Allah akan halangi kamu daripada perkara tersebut agar kembali berharap kepadanya.



My Story Is Base On The True One

Permulaan Seorang Pelajar Spm.



" Aku dah tak tahan, kelas terlampau banyak."

Aku terdiam seribu bahasa.

" Masa aku tak cukup. Aku penat. Baju aku tak sempat
nak basuh. Kelas pagi sehinggan ke malam buat masa aku
tak terurus. "

Aku masih berdiam diri. Ada orang dia hanya perlukan telinga
untuk mendengar luahan ketidakpuasan hatinya.
Aku terus mendengar.

" Aku manusia. Bukannya robot yang boleh diprogramkan
seperti di kilang. Aku punya hati. Punya perasaan.

Mengapakah cikgu tidak berfikir sedemikian ? "

" Bukankah kejayaang yang cemerlang itu datang dari
usaha gigih, datang dari usaha yang berlipat kali ganda, 
datang dari usaha yang tidak kenal penat dan letih ? ",
aku memberikan pendapat.

" Bukankah alim ulama zaman dahulu bersengkang mata tidak tidur pada waktu malam, dan
 hasilnya dapat kita lihat  sendiri, lahirlah imam imam dengan mazhab yang mana semua umat
 Islam di seluruh pelusuk dunia berpegang padanya. "

" Tapi ujian kita sekarang tak sesuai dengan umur kita. Kita masih muda. Baru 17 tahun. "

" Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Allah tak akan uji hambanya melainkan kita dapat
menanggungnya. "

Aku lihat, dia termenung. Barangkali sedang memikirkan perkara yang dibincangkan sebentar tadi.

" Aku penat. Terlampau penat mengejar dunia. Terlampau penat mengejar kejayaan dunia ",
katanya sayu.

" Benar, aku juga penat. Tapi pengorbanan kita terlampau sedikit, berbanding guru guru kita ",
aku cuba untukmenenangkannya.

" Maksudnya ? "

" Guru guru kita lebih penat jika dibandingkan dengan kita. Mereka perlu menyiapkan modul untuk
 kegunaan kita, menyediakan bahan persediaan untuk mengajar, perlu meninggalkan anak anak
tercinta di rumah, perlu berbicara sepanjang kelas. Kita ? Hanya perlu hadir ke kelas dan duduk
mendengar apa yang dikatakan oleh cikgu. Siapa kita untuk merungut ? "

Diam. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup. Pemandangan matahari terbenam dari aras tiga ini
begitu menakjubkan.

Benar. Tidak salah untuk merungut. Tetapi ingatlah, ada yang lebih susah dari kita, ada yang lebih
memerlukan dari kita, ada yang lebih dhaif dari kita, ada yang lebih penat dari kita di luar sana.
Untuk hadapi hari esok yang lebih bahagia, kita perlu kuat.

Terima kasih cikgu ;')

My Story Is Base On The True One