Pengakhiran budak SPM.

"Alhamdulillah, Tahniah kepada semua calon SPM 2016 kerana anda telah berjaya menduduki kertas peperiksaan kimia 3 iaitu penutup kepada semua kertas peperiksaan SPM 2016. " - pengawas peperiksaan

Semua orang kelihatan tersenyum. Ada yang terduduk mengalirkan air mata. 
Kejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru semalam terkial-kial cari katil cari DUA cari DB cari DM cari 409 cari 503. Hari ni yang tinggal hanya memori.

Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Yang datang pasti akan pergi. Yang pergi selamanya tiada ganti yang serupa dengannya. Allahu. Pilu rasa hati. 
Siapa sangka. Rupanya aku ada kawan dari seluruh Malaysia. Aku tak pernah terfikir pun aku akan sambung belajar di kolej ni. Tapi takdir Allah itu Maha Hebat. Allah makbulkan doa aku. Untuk sentiasa berada di kalangan orang yang soleh dan berilmu. Terima kasih Ya Allah. Jangan kau tarik nikmat ini dari ku Ya Allah. 
Walaupun sekadar 2 tahun bersama mereka. Terasa seperti sudah 5 tahun kenal. 

29/10/16.
Maka berakhirlah cerita kasih durrul mustofa di bumi waqafan.
Semoga episodnya kekal bersambung tanpa pengakhiran.
Terima kasih murabbi.

لولا مربى ما عرفة ربى 

Jika bukan kerana Guruku, tidak ku kenal akan Allah SWT.


 

"Moga pertemuan perjuangan dan perpisahan ini kerana Allah semata mata, bumi waqafan dah pun kita tinggalkan. Moga selamat terbang menjadi helang di muka bumi Dia, jangan lupa yg kita bawa nama kolej Islam, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk bawa nama baik Islam di mata dunia. Usah sedih mahupun kecewa dgn perpisahan Durrul Musthofa yg sementara kerana kita akan bertemu semula untuk selamanya di syurga-Nya. Allah Maha Mengetahui dan telah atur yg terbaik untuk setiap hamba. Pesanan terakhir buat para helang aka alkis; jaga diri jaga hati jaga iman dan jaga ikhtilat jangan lupa☺🎓👐 😂 "

 - KB batch.


My Story Is Base On The True One

No comments:

Post a Comment

Celoteh Anda Di Sini! :D